Nak undi siapa? Well, well, well.. since aku takle mengundi.. aku takde hak nk kata pape kot, sbb tak le nk undi sesapa.. Anyway, kalau nk cakap.. aku lebih suka rujuk apa yang ahli ulama cakap pasal hal ni..
So, aku rujuk summary apa yang dikata oleh Mufti Perlis, S.S Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
" Allah berfirman Surah an-Nisa’ ayat 58: (maksudnya) : “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu”. Maka pengundian ada nilai yang besar dalam agama ini "
"sesiapa yang tahu bahawa undiannya atau pemilihan terhadap calon tertentu itu boleh membawa kerosakan atau keburukan kepada negara dan umat tetapi dia tetap lakukan atas kepentingan diri, atau suka-suka maka dia berdosa. Demikian sebaliknya, jika dia memilih calon yang berkelayakan, maka dia menunaikan arahan Allah tadi, ini bererti dia mendapat pahala "
"Tidak munasabah dalam negara yang rakyatnya berpelajaran lalu kita katakan kepada pengundi : “jangan guna akal fikiran anda, cukuplah dengan hanya melihat lambang atau jenama”."
" Yang akan memikul amanah adalah orang, bukan parti. Parti itu terbentuk kerana wujudnya orang yang mendokong. Bukan wujud parti dulu, kemudian wujudnya orang. Wujudnya individu-individu dulu, kemudian baru mereka wujudkan parti. Jika orang tidak berkualiti, bagaimana hendak dikatakan parti itu berkualiti. Maka kempen saya: “pilihlah calon, bukan pilih parti” "
" inilah sikap seseorang yang beragama. Bebas dari fanatik atau taklid buta tanpa menggunakan akal. Agama menyuruh kita berfikir "
" Wajib kita kena kenal calon yang hendak kita undi. Firman Allah dalam Surah al-Isra ayat 36 (maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”. Seseorang wajib mencari maklumat mengenai calon. "
" undi yang kita berikan kepada seseorang calon adalah perlambangan kepada diri kita sendiri. Jika kita seorang yang inginkan kebaikan, tentu kita akan memilih mereka yang mampu membawa kebaikan dan kesolehan. Begitulah sebaliknya. Jika kita memilih calon yang buruk dari segi kepimpinan dan agamanya, sedangkan ada yang baik, itulah identiti kita sebenarnya."
" Sabda Nabi s.a.w dalam hadis al-Imam Muslim: “Ruh-ruh itu adalah tentera yang dihimpunkan; apa yang mereka kenal, maka mereka berpadu. Apa yang mereka tidak kenal, maka mereka bertentangan”. Nilailah siapakah yang jiwa dan ruh kita cenderung kepadanya, maka itu nilai ruh kita. Maka, pilihlah berdasarkan calon, bukan parti! "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment