Friday, July 20, 2007

Sakit ke?

Dua tiga minggu ni, 'Ainaa asyik menangis je bila nk buang "doo-doo" dia.. aku ingat, mungkin dia sakit kot..

tak tau la nk cakap.. nk kata berak keras tak jugak, biasa jek.. tapi dia meneran smpai menangis-nangis.. agaknya tmpat nk kuar najis tu cedera..
sian anak mama.. sakit yek?? Ingat mungkin kena g specialist jugak minggu ni.. tgk apa yang tak kena ngan dia.. kesian sgt aku nengoknya..

Plan hujung minggu ni nak balik kelate.. yela, dh lama tak balik plus nk bawak 'Ainaa jumpa Tn. Syed (pakar saraf) tu.. nk tgk kot2la, aku ganas2 sgt ngan dia, kang tersalah pinggang ke hapa ke.. tak pasal2 sakit anak perempuan aku tuh... Tapi nk wat camana, ada EAC visit Isnin ni.. so Jumaat tu gasak2la kena meeting.. hari Isnin pun cuti kena beku.. Hadui.. sodeh2..

Ntah la nape, aku rasa smacam jek ngan hubby.. ntahla nk kata dia wat salah kat aku, rasanya takde.. tapi tak pasal2 rasa cam nk marah jek ngan dia..sian plak bila aku pk2 balik.. he doesn't deserve this..
Ampun bang...

Monday, July 16, 2007

'Aina sayang

- Suka sgt wat muka terkejut bila amik gambar




- Suka main plastik





- Suka sangat dok dlm walker

Thursday, July 12, 2007

Harry Potter and The Order of The Phoenix's intolerable cruelty

I dunno how this latest (which is launched yesterday-of course), new installment of Harry Potter becomes ultimately unatttactive. I went for the 3.40pm show yesterday wit my hubby and found out, the large part of Harry Potter's written story were unavailable in the movie. The frustration was not small since the very important part of this book - which is the explanation on what the prophecy is all about- was weakly translated into the movie. I have forecasted the way the movie would bring the story- which is probably leaving out minute details or boring chapters: but this is outrages! They wanted to cram up the story (since the book is very thick!!!) so much that even the important ones get caught up too.. I remember myself telling my hubby how I wanted to see the movie: because the book was really good, maybe that's why the frustation was tremendously large...

So, my rating would be 2 out of 5.. haha, very sad for my favourite movie of the century..

Monday, July 09, 2007

Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian
100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
7 hari : Mengidam makanan.
5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan). Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S." Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Semoga kita sentiasa berada dlm golongan yang dirahmati Allah dan menemui-NYA dalam redha-NYA
Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics'Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics





Alhamdulillah, selamat juga Linda menjadi isteri kpd Abg Shahrul.. Tahniah diucapkan kepada keduanya. Aku, Nz,'Aina dan Rusdi bertolak dr Melaka jam 9.30 pagi, ikut bemban, jasin,tangkak, segamat, tenang, pastu baru smpai Felda Redong 1. Aku budget dalam 3 jam, tapi 2 jam setengah dh smpai, alhamdulillah. Masa aku smpai, akad nikah dh selesai, so smpat la pose ngan Linda jap dlm bilik dia.


Mas dh sampai masa tu.. Cite2 sket ngan Linda, rindu sgt dh lama tak jumpa dia.. Linda cakap dia menangis masa baca akad terima tuh, huhu.. sume org pun camtu kot.. aku jek kawen ari tu takde akad2 terima nih..


Lama gakla borak2 smpai dekat kul 1 baru aku kuar menjamah makanan sbb perut dh berkeroncong.. Jamuan makan ada nasi minyak, lontong ngan bubur pulut hitam.. Aku makan ngan Mas sbb Nz ngan Rusdi dh melantak dulu.. Aku bagi 'Aina kt Nz suh pegang.. Agak lama gakla kitorg lepak2 tunggu majlis sanding.. smpai 'Aina dh ttdo.. penat sgt la tuh. Aku risau gak takut dia terkejut bunyi kompang masa tgh berarak tu, tp nasib baik lenanya dia tdo..


Tie smpai ngan Syed lebih kurang kul 1.30.. Tu jela member2 yang datang, masa tu fidha on the way. Aku pun tak smpat jupe dia sbb dia kata tgh jam kat seremban. Yela 07/07/07 tarikh keramat, ye tak.. sume org pun nk kawen tarikh tuh... kengkawan yg lain mungkin ada hal ataupun pegi kenduri abg shahrul kat teluk intan nanti..
ANYWAY, back to the majlis berarak; once abg shahrul dh smpai, diorg kena lalu tol... haha, tol pertama tu byk giler kena bg smpul, smpai lapan rasanya.. pastu budak2 lagi.. haha berpeluh2 gak pengapit dia..then bila tgk linda dh slamat bersanding sebelah abg sharul, aku rasa happy sgt untuk dia. Alhamdulillah bertambah lagi masjid yg dibina.. Aku sentiasa doakan yg terbaik untuk mereka berdua.. semoga berbahagia hingga ke syurga..Amin..

Friday, July 06, 2007

Harry Potter and The Order of Phoenix..

Hahaha.. ini lah yg aku tunggu2 sekian lama.. tak sabau nk gi tgk nih.. dh mintak cuti dh 11hb nih, nk tgk cite ni..


Nih synopsisnyer.. hui kalau baca buku dia hari tuh, mau seminggu gak baru abih.. tataula movie kali ni se'detail' tu ataupun tak..

"In HARRY POTTER AND THE ORDER OF THE PHOENIX, Harry returns for his fifth year of study at Hogwarts and discovers that much of the wizarding community is in denial about the teenager's recent encounter with the evil Lord Voldemort, preferring to turn a blind eye to the news that Voldemort has returned. Fearing that Hogwarts' venerable Headmaster, Albus Dumbledore, is lying about Voldemort's return in order to undermine his power and take his job, the Minister for Magic, Cornelius Fudge, appoints a new Defense Against the Dark Arts teacher to keep watch over Dumbledore and the Hogwarts students. But Professor Dolores Umbridge's Ministry-approved course of defensive magic leaves the young wizards woefully unprepared to defend themselves against the Dark Forces threatening them and the entire wizarding community, so at the prompting of his friends Hermione and Ron, Harry takes matters into his own hands. Meeting secretly with a small group of students who name themselves "Dumbledore's Army," Harry teaches them how to defend themselves against the Dark Arts, preparing the courageous young wizards for the extraordinary battle that lies ahead."

Wednesday, July 04, 2007

Meetings...

Kalau diikutkan.. mmg malas nk g meeting nih.. yela asyik dgr org cakap.. cakap... dan cakap.. kekadang tu tak paham pun apa yg diorg ckp.. yang sudahnya.. berckp2 la sesama sendiri.. haha.. hari ni aku ada meeting berderet2.. mula2 meeting AJK ISO. skang dh tukar drp syed najib kpd saifulza sbg pengerusi.. haha aku sebenarnya sepatah haram pun tak tgk lagik file2 subjek sbb sem lepas aku bersalin, so aku tak involve pasal menda ni dh lebih satu sem.. sudahnya, aku end-up with BEKU punyer subjek.. ni ha, ada dua file subjek mendarat kat atas meja aku.. BEKU 4583 ngan BEKU 3926&3946 (psm la tu).. pastu lak.. en. azmi suruh aku turun check kan grammatical error utk text utk EAC nyer visit...aduiii, aku dh la tak pandai nk wat menda nih.. sendiri pun tunggang langgang gak.. bukannya lect english aku nih.. takat dapat score IELTS yang aku rasa aku bernasib baik giler tuh.. tatau laaa...

Dhla tgh lapar, aku melepas nk menjamah nasik lemak utk meeting ISO tuh.. last2 aku pau nasi goreng CIA punyaer.. kahkahkah, nasiblaa... sedap gak.. pastu kiranya aku terlepas la demonstrasi robot KATANA. sebenarnya didesignkan utk budak master, tapi Prof suh kitorg gi tgk gak.. tapi aku melepassss

Pastu baru jap tadi, ada mesyuarat akademik fakulti.. hui, dgrla Prof cakap itu ini pasal fakulti yang sebenarnya aku tak amik pot sgt pun.. bukan apa, pasal pensyarah jek banyak.. tapi dia ada sebut pasal contact hours yg kena fulfill oleh tutor. 40 jam minimum.. hui, byk tuh.. pastu, pasal ICEI 2007, aku mmg teringin nk anta paper.. tp 600 hengget kena bayar.. mana aku nk cekau duit..

After meeting, aku niat nk jupe en. idil, ckp pasal DSP subject yg aku kena assist tuh.. tapi dgn cepatnyer dia lesap.. aku gi bilik dia pun dia takde.. tak dapek la nk nolongnye.. pastu teman aziah gi jupe prof pasal niat dia nk amik mechatronics kat german.. prof tak kasik plak.. sukala dia dpt gi UK.. last2 tinggal aku gak sorg2 gi Jerman..sedey tak? Asal2nya punya ramai dh janji sama2 nk susah payah blaja sama2.. tapi sumenya atas sebab peribadi, meninggalkan aku.. hui, sedih2..

Takpela, nasib badan.. aku dh tak ble berpatah balik, iye dak.. tahan jela.. lagipun, nazrin dh berkorban masuk UTEM sbb asalnya nk ikut aku gi Jerman, takkan aku nk g UK lak..hmmmm.. pasrah jela..

Tuesday, July 03, 2007

Hepi Besday to Ainaa (5 months old)

Tak smpat lagik amik gambo dia.. nantila balik keja nanti..
Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics-Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics