Showing posts with label Cooking. Show all posts
Showing posts with label Cooking. Show all posts

Wednesday, October 29, 2008

Yeay.. choc cake..


Setelah sekian lama aku mencuba.. akhirnya.. dengan macam2 strategi oter Tefal nyer steamer tu..
kek coklat kukus aku menjadi jugak..huhuhu.. sebak rasanya..

Friday, October 24, 2008

Serimuka..

Hahaha.. tak penah2 nyer wat kueh mueh lembik2 nih.. sbb bukan suka makan sgt..
since Nazrin yg suka, pastu tambah plak nk try untuk majlis gathering hujung minggu ni, aku pun buat PERTAMA KALINYA.. mengukus seri muka..

not bad la buat first timer cam aku.. cuma rasanya kureng sketla.. gula kurang, so mcm tawar jek atasnya.. rupa tiptop (hahaha..puji diri sndiri..)-yela, tak penah watkan..dengan tatau bilanya boley masak pulut tu.. hahaha.. sbb resepi tulis..kukus sehingga pulut masak.. cayer dak??

anyway..tadaaa...



resepi ni aku cilok kat hanieliza.fotopages.com (sifu yg telah berjaya mmbuka mataku utk masak)

Sunday, October 19, 2008

Makan tengah hari.. Lunch le tuuu


Hari ni, member2 umah baru stat puasa 6.. so kitorg berdua jela yg tak pose kat umah ni.. so, aku malas la nk masak nasi.. so masak makaroni bakar jek.. a bit overburn sbb tinggalkan dlm oven td.. hhuhu.. bilala nk berubah prangai suka tinggal menda dh masak dlm oven ni.. hari tu wat lasagna pun camtu gak.. hai.. sabau jek

Thursday, September 18, 2008

Apa nk masak hari ni???

Hari ni turn aku masak..
Ingat cam nk wat special2 sket sbb besok harijadi aku.. Since esok exam sensor, dan besok bukan turn aku masak.. so aku cam malas nk wat esok.. wat jela hari ni..

Yang dok plan dlm kepala ni, nk wat mihun sup ngan begedil daging, lasagna (sbb dh brapa hari dh dok tringin nk makan..) dengan muffin coklat (ganti kek.. kang buwat kek banyak2.. sapa lak nk makan..).. Hari tu dh penat wat lasagna skali tapi cam tak jadik sgt, keras jek basenyer..

so aku try google cari, last2 jumpe yg pn. norzailina nordin punya resepi.. nak try yg ni la petang nanti..


LASAGNE
12 keping lasagne
100 g keju Parmesan, diparut (pastikan "rennet"nya/coagulant adalah dari punca bahan kimia dan BUKAN animal rennet yg tidak halal. Anda boleh gantikan dengan keju Cheddar, jika suka kerana keluaran Chesdale/Kraft ada tanda "HALAL" - pastikan cop Jabatan Agama Islam Malaysia.)

Bahan Sos Daging
3 camb minyak
2 labu bawang besar, dicincang halus
4 ulas bawang putih, dicincang halus
400 g daging, dikisar
410 g tomato berkaleng (peeled, stewed tomatoes), dikisar
450 ml air
1 kiub stok daging
4 camb tomato puri
1 camt serbuk lada hitam
gula, garam secukupnya

Bahan Sos Putih
80 g mentega
80 g tepung gandum
800 ml susu segar/UHT
garam, serbuk lada sulah secukupnya

Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan daging kisar, tomato kisar, air, pati rebusan daging dan puri tomato. Masak atas api sederhana hingga daging empuk dan kuahnya pekat. Ia mesti kelihatan seperti kuah 'Spaghetti Bolognese'. Bubuh serbuk lada hitam, gula (lebihkan sedikit untuk mengimbangi rasa masam/acidic tomato puri) dan garam kemudian angkat.

Untuk sos, cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau 1-2 min hingga permukaannya berbuih halus. Tuangkan susu dan kacau lagi atas api perlahan hingga sos pekat. Sebaik-baiknya, kacau dengan 'balloon whisk' supaya sos tidak berketul. Masukkan garam dan serbuk lada sulah kemudian angkat.

Ratakan 1/6 daging dan 1/6 sos putih, atur sekeping lasagne di atasnya. Jika bekas besar, anda perlukan 2 keping. Ulang melapis begini hingga atasnya adalah sos putih dan taburkan parutan keju. Bakar pada suhu 190 C selama 45-50 min atau hingga masak (kejunya mulai keperangan).

Hmm.. nampak cam best la kan.. tapinya, aku rasa mozarella cheese lagi sedap, banding ngan parmesan.. rasa nk tukarla kot..hehehe.. Mihun sup dh biasa wat, so takdek hal sangat.. cumanya hari ni takle la nk studi lama2 kat libarary sbb kena prepare masak kat umah ngan gi shopping barang2 nk masak ni lagi..


P/S: to abang...tak sabar nk tunggu present tahun ni..