Ingat cam nk wat special2 sket sbb besok harijadi aku.. Since esok exam sensor, dan besok bukan turn aku masak.. so aku cam malas nk wat esok.. wat jela hari ni..
Yang dok plan dlm kepala ni, nk wat mihun sup ngan begedil daging, lasagna (sbb dh brapa hari dh dok tringin nk makan..) dengan muffin coklat (ganti kek.. kang buwat kek banyak2.. sapa lak nk makan..).. Hari tu dh penat wat lasagna skali tapi cam tak jadik sgt, keras jek basenyer..
so aku try google cari, last2 jumpe yg pn. norzailina nordin punya resepi.. nak try yg ni la petang nanti..

LASAGNE
12 keping lasagne
100 g keju Parmesan, diparut (pastikan "rennet"nya/coagulant adalah dari punca bahan kimia dan BUKAN animal rennet yg tidak halal. Anda boleh gantikan dengan keju Cheddar, jika suka kerana keluaran Chesdale/Kraft ada tanda "HALAL" - pastikan cop Jabatan Agama Islam Malaysia.)
Bahan Sos Daging
3 camb minyak
2 labu bawang besar, dicincang halus
4 ulas bawang putih, dicincang halus
400 g daging, dikisar
410 g tomato berkaleng (peeled, stewed tomatoes), dikisar
450 ml air
1 kiub stok daging
4 camb tomato puri
1 camt serbuk lada hitam
gula, garam secukupnya
Bahan Sos Putih
80 g mentega
80 g tepung gandum
800 ml susu segar/UHT
garam, serbuk lada sulah secukupnya
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan daging kisar, tomato kisar, air, pati rebusan daging dan puri tomato. Masak atas api sederhana hingga daging empuk dan kuahnya pekat. Ia mesti kelihatan seperti kuah 'Spaghetti Bolognese'. Bubuh serbuk lada hitam, gula (lebihkan sedikit untuk mengimbangi rasa masam/acidic tomato puri) dan garam kemudian angkat.
Untuk sos, cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau 1-2 min hingga permukaannya berbuih halus. Tuangkan susu dan kacau lagi atas api perlahan hingga sos pekat. Sebaik-baiknya, kacau dengan 'balloon whisk' supaya sos tidak berketul. Masukkan garam dan serbuk lada sulah kemudian angkat.
Ratakan 1/6 daging dan 1/6 sos putih, atur sekeping lasagne di atasnya. Jika bekas besar, anda perlukan 2 keping. Ulang melapis begini hingga atasnya adalah sos putih dan taburkan parutan keju. Bakar pada suhu 190 C selama 45-50 min atau hingga masak (kejunya mulai keperangan).
Hmm.. nampak cam best la kan.. tapinya, aku rasa mozarella cheese lagi sedap, banding ngan parmesan.. rasa nk tukarla kot..hehehe.. Mihun sup dh biasa wat, so takdek hal sangat.. cumanya hari ni takle la nk studi lama2 kat libarary sbb kena prepare masak kat umah ngan gi shopping barang2 nk masak ni lagi..
P/S: to abang...tak sabar nk tunggu present tahun ni..

1 comments:
nnt lepas exam online la ek..nak nyanyi lagu hepi besday ko k.na...hahaha
Post a Comment