![]() |
Kenduri kahwin sepupu Nazrin, Anoi di Johor. Makan bertambah sebab sudah lama tak makan nasi kenduri!
Sungguhpun dah jadi gua dah blog ni. Apa taknya, kali terakhir update blog bulan Mac! Ishhh, kalau diibaratkan rumah, memang agaknya dah 3 inci debunya. Sejak sampai Malaysia April lepas, memang kekangannya masya Allah.. soal rumah, soal sekolah Ainaa, soal nak siapkan tesis, soal nak ke Jerman semula, dan soal duit yang dah sampai tahap kena kikis bontot kuali!
Tambahan pula, kerja-kerja banyak terbengkalai disebabkan mahu menyiapkan tesis. Jadi, post-partum depression selepas menyiapkan tesis lagaknya seperti ibu yang lepas melahirkan anak. Moody sentiasa! Sekarang ini peperiksaan akhir untuk pelajar-pelajar subjek Elektronik Digit sudah hampir. Kelas juga hanya perlu menamatkan tutorial yang berbaki, Alhamdulillah! Sessi Makmal Asas Mekanikal juga sudah habis, tapi tugasan lain pula yang muncul; kena habiskan proses penandaan labsheet sebelum Jumaat!
Tapi sebab sudah kepingin sangat nak update blog, jadi buat juga. Alhamdulillah, En. streamyx juga sudah menjengah ke rumah. Jadi internet full time di rumah, sepatutnya sudah tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak update blog!
Kadang-kadang terasa juga, apa tujuannya aku tulis blog ini? Semata-mata untuk meluahkan perasaankah, atau menunjuk-nunjukkkah, atau mungkin menghabiskan masa semata-mata? Itu sebabnya agak lama juga blog ini terbengkalai, seiring dengan pemikiran aku untuk mencapai maksud menulis blog. Usai berfikir, aku rasa sebenarnya aku perlu menulis. Sekurang-kurangnya apabila suatu hari nanti, aku menjengah ke alam barzakh, keturunanku masih boleh membaca mengenainya.. insya Allah!
Okay, till next time..


0 comments:
Post a Comment