Thursday, October 16, 2008

Maaf..

Bila cakap pasal maaf ni.. mmg banyak benda yg kita wat salah kat org, sama ada sedar ataupun tak.. sama ada kita perasan ataupun tak.. Aku sbnarnya dh lama mnta maaf ngan org2 yg aku sebut ni, tapi entah naper aku rasa smpai sekranag diorg tak maafkan aku.. Nisa, Zeenty, Huda, Dot, aku mintak maaf seikhlas hati,. atas segala kesilapan aku.. mmg kalau diikutkan banyak perkara tidak boleh kembali seperti asalnya.. tapi, aku harap we will be friends no matter what..

Kita wajib memohon ampun kepada seseorang jika kita melakukan kesalahan kepadanya sama ada kesalahan berkait dengan lidah (mengumpat, memfitnah dsbnya), mencederakannya, merampas/mencuri hartanya dan sebagainya. Memohon maaf adalah dengan mengakui kesilapan, menyerah diri kepadanya, meminta keredhaannya, membersihkan namanya atau mengembalikan haknya jika bersangkutan dengan harta dan sebagainya. Jika kita telah melakukan apa yang terdaya, berserahlah kepada Allah. Jika ia masih berdendam, itu maknanya ia bukan orang bertakwa kerana sifat orang bertakwa antaranya ialah memaafkan orang lain;

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang bertaqwa; Iaitu orang-orang menginfakkan hartanya pada masa senang dan susah, orang-orang yang mampu menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. (Ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik” (Ali Imran; 133-134).

Lagipun, tidak harus sesama muslim bermasam muka lebih dari tiga hari sebagaimana di larang oleh Nabi s.a.w.. Sabda baginda; “Tidak harus seorang muslim memutuskan hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari di mana apabila mereka bertemu, masing-masing berpaling ke arah lain. Yang terbaik di antara mereka berdua ialah yang mula-mula memberi salam” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abi Ayyub r.a.).

Dipetik dr laman soal jawab agama..http://ilmudanulamak.blogspot.com/


1 comments:

Ayu said...

mintak ampun kalau kak ayu pon de wat silap n terkasar bahse yerk..huhuhu