Friday, August 29, 2008

Bajet Malaysia 2009- A Review

Full text download : http://www.treasury.gov.my/bajet2009/teks/bajet09.pdf

Apa yg menarik:

"Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada 400 ringgit sebulan kepada 720 ringgit sebulan untuk Semenanjung, 830 ringgit sebulan untuk Sarawak dan 960 ringgit sebulan untuk Sabah."

"pesara Kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada 720 ringgit sebulan, mulai 1 Januari 2009"

"Untuk membantu penjawat awam, Kerajaan akan meningkatkan tahap kelayakan untuk mendapat subsidi yuran TASKA bulanan 180 ringgit. Tahap kelayakan pendapatan isi rumah bulanan dinaikkan daripada dua ribu ringgit kepada tiga ribu ringgit, mulai 1 Januari 2009."

"Sistem LRT sedia ada di Lembah Kelang akan dipanjangkan sejauh 30 kilometer, iaitu masing-masing sepanjang 15 kilometer bagi Aliran Kelana Jaya dan Aliran Ampang... di sepanjang Koridor Subang Jaya-USJ dan Koridor Kinrara-Puchong"

"satu laluan LRT baru sepanjang 42 km akan dibina dari Kota Damansara ke Cheras."

"Bagi memperluaskan jaringan perkhidmatan rel komuter, laluan Sentul-Batu Caves sepanjang 7.5 kilometer sedang dibina dan dijangka siap menjelang 2010."

"Projek Landasan Berkembar Elektrik Seremban-Gemas, yang dijangka siap pada tahun 2012 dan Ipoh-Padang Besar pada tahun 2013.-KTM"

"Untuk membolehkan anggota perkhidmatan awam memiliki rumah, Kerajaan
bersetuju untuk menambah baik syarat pinjaman perumahan anggota perkhidmatan awam. Ke arah ini, Kerajaan akan:

Pertama: melanjutkan tempoh pinjaman perumahan drp 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru;

Kedua: memberi kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubah suai ke atas rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan Kerajaan; dan

Ketiga: membuka panel insurans pinjaman perumahan Kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini, panel insurans adalah terhad kepada lima syarikat."

"Sebagai salah satu langkah untuk menjadikan kadar cukai individu kompetitif dan menarik kepada golongan ini, Kerajaan mencadangkan supaya kadar cukai individu maksimum diturunkan dari 28 peratus kepada 27 peratus, mulai tahun taksiran 2009. Di samping itu, kadar cukai marginal sebanyak 13 peratus akan dikurangkan kepada 12 peratus, yang akan memanfaatkan golongan berpendapatan sederhana."

"Kerajaan menghargai peningkatan produktiviti dan sumbangan kakitangan sektor
awam kepada pembangunan negara. Kerajaan bersetuju untuk memberi bonus bersamaan sebulan gaji dengan minimum seribu ringgit bagi tahun 2008. Bonus ini akan diberi dalam dua bayaran, iaitu pada bulan September dan Disember, 2008"

well..well..well.. there it goes..
yeay dpt duit raya...









0 comments: