Wednesday, May 14, 2008

Selamat Hari Ibu buat emak..


Salam sayang penuh rindu buat emak..

Aku sebenranya tidak pandai menukil kata-kata madah untuk emak, hanya sekadar mengenang betapa aku anak yang masih belum dapat membalas jasa-jasa emak mendiddikku dan adik-adik menjadi org yang berguna...

Emakku sangat penyayang orgnya.. Jarang dia 'melintang angin' kami.. banyak perkara walaupun kadang2 mengundang lelahnya, tetap dilakukan untuk kami adik beradik juga untuk abah.. Kata-katanya penuh ilmu dan menenangkan.. Sering aku ditabuh perasaan sedih dan gundah, emak lah yang lebih dulu menelefon bertanya khabar sama ada aku ok atau tidak.. Begitu kuat 'connection' perasaan emak terhadap ku.. Mungkin kerana aku yang sulung, perasaan emak untuk aku begitu kuat..

Aku tak nafikan, skrg bila mempunyai puteri hati sendri, aku jadi kagum dengan emak.. Menahan hati sendiri melepaskan aku dan cucu kesayangannya ke bumi Jerman.. Aku tahu emak sedih tapi hatinya lebih kuat membenarkan aku menuntut ilmu hinggan ke sini, dan lebih kuat lagi melepaskan cucu sulungnya sementelah lebih 6 bulan menjaganya di Malaysia..

Sebenarnya aku sangat malu dengan emak... bukan sedikit perangai burukku yang mengguris hatinya.. tapi hati emak bagai pasir di tepi pantai, walau ditoreh, diguris sebanyak manapun, sekali air pantai menghempas, kembali lapang seperti asalnya.. Emak sepertinya mempunyai perasaan sayang yang tiada batasnya.. Dan sifat pemaafnya yang tiada syarat membuatkan aku berasa kerdil menjadi anaknya.. Aku masih tidak mampu menjadi sabar dan pemaaf seperti emak..

Andai emak mebaca coretan ini, ingin aku katakan kepadanya, "Terima kasih mak, kerana melahirkan Na dan adik2.. mendidik kami dengan ilmu dunia dan akhirat, bersabar tanpa syarat dengan karenah kami semua.. dan sempena hari Ibu ni, Na mohon kepada Allah semoga Dia mengurniakan kebahagiaan hati untuk emak dan tempat untuk emak di syurga kelak. Tiada apa yang lebih menggembirakan kami semua selain kesudahan yang baik kerana dunia ini adalah persediaan kita ke sana....."

Selamat hari ibu utk ibuku, Che Mas binti Samat..

1 comments:

AnisAlwani said...

emmmm...sayang mak jugak.
betapa lah menyesalnya k.wani x berusaha bersungguh2 tuk buat mak rase lebih bangga dengan anak2nya..tapi x bermkna msh terlewat tuk berusaha mencapai hasrat mak n abah..