Jarang skali aku merasa bersyukur saat senang.. saat gembira.. saat bahagia.. Lantaran itu, aku merasa terpukul saat dicuba sedikit cuma.. Allah hanya mahu mengingatkan aku, hidup ini cuma sementara.. banyak lagi yang perlu dikejar untuk bekalan akhirat kelak..
Tapi aku mudah lupa.. mudah terbuai dengan nikmat yang hanya dipinjamkan oleh-Nya pada ku.. Dan saat ini, aku bersyukur ya Allah.. kerana mengingatkan hamba-Mu yang hina berpalit dosa ini, jangan mudah terleka dalam bahagia.. jangan takbur dengan kejayaan yang sedikit kerana kejayaan 'di sana' masih jauh untuk digapai..
Aku barangkali sudah terbiasa dengan pujian dan lonjakan.. justeru, kritikan dan kelemahan seringkali dikaburi dan menjadi asing.. aku marah dan kecewa kerana aku tahu aku terlalu bangga untuk mengaku kalah.. tapi, aku tidak sedar, hidup ini bukan selalunya indah.. dan aku berterima kasih pada semua, kerana cintaku pada mereka hanya kerana Mu...
p/s: sometimes, it's nice to write like this...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Lain macam je bunyiknyer..hehheh.. DD camne Aina kat sana??
Post a Comment