

Sebenarnya, aku tak tau mana nak mula bila nak cite pasal anak perempuanku nih. Banyak sgt nk cite smpai tak tau apa nk cite. Anyway, masa awal2 mengandungkan dia, aku tak sedar pun aku dh mengandung smpailah aku rasa tekak satu macam je bile bau dapur. Masa tu, baru je pindah Melaka dan Nazrin sorg je yang keje. Aku dok kt umah jek, tunggu KUTKM panggil keje.

Masa mengandung 3 bulan tu la, aku kena gi kursus kt Hutan Lipur (ye ke tak namanya aku pun tak sure) kt Melaka. Masa tu, perut meragam rasa sakit smacam. Last2 excited nk join program jadik lain plak. Nazrin dtg jmput dan bawak gi scan kt klinik Nasib baik takde pape kat baby. Apa taknya kena jalan masuk ke dalam hutan tuh bawak beg dekat 3 kilometer gakla. Jalan pun berbukit2..
Aku ngan Nazrin memang dangkal sket hal2 baby nih.. nak membaca pun kureng sket walaupun majalah Pa&Ma melambak kat umah. Mungkin sbb dua2 pun cam kanak2 lagi, bergaduh pun tak abis lagi hahaha… Walaupun excited nak dapat baby tapi banyak menda lagi tak belajar..
Barang2 baby aku dh mula beli masa aku mengandung 5 bulan lagik.
Barang2 baby aku dh mula beli masa aku mengandung 5 bulan lagik.


Masa mengandung ni, aku tak banyak mengidam sgt.. tapi aku memang takleh berpisah ngan Nazrin. Mana-mana dia pergi pun aku nk ikut. Even dia keja malam kt Infineon tu pun aku ikut, pastu tdo dlm keta. Masa tu plak bulan puasa. Haha sahur jek kat kedai mamak.. Nasib baikla Nazrin ni penyabar orangnya.. Ikut jer apa yang aku nk.. kalau tak mau meraung gak aku..
Nasib tak baiknya, Nazrin kena gi business trip ke German 3 minggu. Tiap2 malam la, aku menangis rindukan dia walaupun tiap2 hari cakap dlm telefon. Kadang2 sampai merajuk sebab dia penat taknak layan aku.. haha, nak tergelak pun ader bila pikir balik.
Masa umur kandungan 33 minggu, aku rasa ada ‘leaking’. Ingatkan baby dh nk kuar, rupanya tak. Tapi merasa gakla dok kat maternity ward tgk org lain bersalin.. adus takut betul masa tuh..
Cukup due date, aku tak rasa pun cam nak bersalin. Risau gak dh terlebih hari yang sepatutnya.. Tapi kena gak pegi hospital, so doctor suh datang slpas sepuluh hari. Tapi tak sampai 10 hari, aku dh leaking balik. Kali ni memang banyak betul turun air ketuban. Masa tu Nazrin keja malam. So dalam kul 5 pagi, leaking dh makin obvious. Aku try call dia banyak kali tapi tak berjawab.Aku dah panic tak tau nk wat apa kecuali terpaksa la tunggu dia balik. Dalam kul 8.30 pagi baru Nazrin sampai umah dengan nasi lemak 2 bungkus. Selamba jek muka dia. Aku pelik gak. Rupanya, dia silent handphone. Tak perasan message dan call aku. So kitorang pegi hospital lepas aku melantak nasik lemak tu. Sebab barang dh lama packing sebelum nih, so tak banyak sgt nk kemas. Just angkat je sume barang masuk dalam keta.
Bila pegi hospital, doctor check katanya air ketuban bocor tapi ‘head not engaged yet’. Maksudnya anak tu tak turun lagik ke tempat yang sepatutnya untuk keluar. Dah, satu masalah pulak. Yela bila air ketuban keluar tapi anak masih tetap lagik kat dalam rahim, anak tu bole lemas kalau paras air tu menurun. Nak tak nak aku kena sain surat untuk paksa bersalin atau ‘induced birth’. So kul 5 petang, aku masuk labor room. Masa tu doctor datang nak check jalan dh bukak ke belum. Tapi baru je bukak 1 cm. So dia cakap kena masuk ubat la kul 7 pm. Bila dah masuk ubat tu, masih gak tak sakit. So after 6 hours observation, doc masukkan ubat kali kedua kul 2 pagi. Barula terasa resa2 nak bersalin tuh.. Adus memang semacam rasa sakitnya. Takleh nak cakap sebab tak pernah rasa camtuh. Sakit pinggang ada, sakit memulas pun ada, sakit cam senggugut pun ada..Sampai kul 12 tgh hari esoknya, bukaan masih lagi 2.5 cm. Doc cakap since dh sakit, kita tunggu jela sampai bersalin sebab mungkin lambat sket, budak belum turun lagik. Tapi aku memang dh tak tahan lagik dah smpai aku tanya nurse tu ble tak operate je sbb dh dekat 17 jam sakit. Dia gelak je.. dia cakap anak pertama memang camtu, sbb ibunya tak biasa lagi sakit bersalin.
Sepanjang masa aku dok kat labor room tu, aku tak dibenarkan makan dan minum. Dahaganya takle nak cite Mintak sikit air pun tak bagi. Penat betul rasanya. Dahla tak sesiapapun dibenarkan masuk labor room. Aku harapkan sangat Nazrin ada. Rasa sedih sgt hadap sume nih sorg diri. Tapi bile pikirkan mak aku dulu pun hadap je sorg diri, so aku takle la nak manja-manja sgt. Dalam kul 4 petang, sakit dah jadik stiap 30 saat sekali. Sakit sangat smpai aku gigit je steel bar kat tepi katil aku. Masa tuh nurse kata bukaan dh jadik 8 cm. Kul 4.55 petang, aku slamat bersalin.. aduh lega betul.

Pengalaman bersalin memang kena rasa sendiri baru tau susah dan peritnya. Insaf bila fikirkan betapa lah susahnya mak kita melahirkan kita. Tima kasih banyak2 untuk mak aku yang tersayang. Lepas bersalin, nurse terus suruh bagi susu badan. Terkial2 gak la aku. Maklumla first time..
Tapi bila fikirkan takut anak kena sakit kuning plak nanti, aku gagahkan jugak.
Lepas je bagi susu, nurse terus cakap baby kena tahan kat SCN (special care nursery) sebab aku dh ‘leaking more than 24 hours’. Maksudnya since leaking tu ari jumaat kul 5 pagi, aku patutnya pling lambat pun bersalin 5 pagi sabtu. Tapi aku bersalin 4.55 ptg sabtu.. so baby dh lama sgt dok dlm perut dgn air ketuban yang tak cukup. Diorg takut dia kena jangkitan kuman. So aku terpaksa la kuar labor room tanpa baby.

Lepas je bagi susu, nurse terus cakap baby kena tahan kat SCN (special care nursery) sebab aku dh ‘leaking more than 24 hours’. Maksudnya since leaking tu ari jumaat kul 5 pagi, aku patutnya pling lambat pun bersalin 5 pagi sabtu. Tapi aku bersalin 4.55 ptg sabtu.. so baby dh lama sgt dok dlm perut dgn air ketuban yang tak cukup. Diorg takut dia kena jangkitan kuman. So aku terpaksa la kuar labor room tanpa baby.
Masa kuar tu, nurse anya sapa waris Nurdiana Nordin, nak tolak katil aku masuk wad. Tapi yang sedihnya, takde sapa pun tunggu aku. So nurse tu la yang tolak sampai wad. Sampai je kat wad, aku mintak pnjam enset kakak sebelah nak call Nazrin cakap aku dh bersalin. Nak mengalir air mata pun ada. Yela, kita bermati-matian nak lahirkan anak, tup-tup takde sapa pun yang tunggu. Sakit badan pun tak abis lagik, sakit hati plak bertambah-tambah. Macam tak dialu-alukan jer.
Bila Nazrin sampai barula aku tau cite sebenar. Masa pukul 4 diorg ada tanya nurse kat kaunter depan tu, bila aku nak bersalin. Nurse tu kata baru bukak 4 cm. Since secara biasanya 1cm bukaan untuk satu jam, paling cepat pun pukul 10 malam. So, diorg sume pun balik dulu. Hmm… sejuk sket hati aku.. tapi sampai skrg tetap gak rasa kecewanya..
Anyway, 4 hari jugakla aku berkampung kat hospital sementara nak tunggu ‘Ainaa di’release’
kan. Sume org yang datang melawat aku masa kat wad tu sume takleh jumpa dia. Termasukla Dila, Rusdy, Aziah, Anis, Prof ngan Saifulza. Takyah kata diorg, atuk nenek dia pun takle jumpa. Kesian betul.
Anyway, 4 hari jugakla aku berkampung kat hospital sementara nak tunggu ‘Ainaa di’release’
kan. Sume org yang datang melawat aku masa kat wad tu sume takleh jumpa dia. Termasukla Dila, Rusdy, Aziah, Anis, Prof ngan Saifulza. Takyah kata diorg, atuk nenek dia pun takle jumpa. Kesian betul.
At last, ble gak bawak dia kuar and balik umah. Aku tgk Nazrin pun kesian sebab kena entertain banyak menda. Tapi biasala, bila ada anak kita dh kena start berkorban banyak perkara start dari dia lahir lagik. Balik umah, dh stat sume keja2 berpantang. Kena berbarut, bertungku, makan nasikpun sket je ngan halia dan lada hitam. Huh brasap.. Tapi aku taram air banyak2.. lantakla org nk cakap apa hahaha… But the thing is.. being a mom is just a wonderful job Allah has created for us woman to fulfill..Alhamdulillah, I have been one.
0 comments:
Post a Comment